Selasa, 29 Jun 2010

Penzina

DALAM satu riwayat ketika Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW
diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan
mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera dan satu
lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan
tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

Rasulullah diberitahu oleh Jibril bahawa mereka adalah tergolong di
dalam kalangan mereka yang suka berzina.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan
manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka,
manakala dari faraj mereka, keluar nanah terlalu busuk, sehingga ada di
kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan
meminta dijauhkan.

Mereka ini, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga
kehormatan.

Begitulah gambaran hina dan azabnya orang yang melakukan perbuatan
zina. Zina adalah perbuatan sangat keji dalam ajaran Islam dan mereka
yang melakukannya mendapat dosa besar.

Firman Allah, yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan
yang sangat buruk(Surah al-Isra', ayat 32).

Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina,
hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.

Firman Allah, yang bermaksud: "Perempuan dan lelaki yang berzina,
hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan),
janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah,
jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.

"Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada
orang mukmin." (Surah an-Nur, ayat 2)

Thabrany 'an Ibni Abbas meriwayatkan, daripada hadis Rasulullah,
Baginda bersabda bermaksud: "Jauhilah oleh kamu akan zina kerana
kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan
rezekinya, kemurkaan Allah atasnya dan ia berkekalan dalam neraka."

Menurut satu riwayat, Rasulullah bersabda: "Takutlah kamu berbuat zina,
kerana bagi orang yang mengerjakan perbuatan zina itu, akan di! beri
enam jenis bala oleh Allah. Tiga daripadanya seksa sewaktu berada di
dunia, iaitu mengurangkan rezekinya, menghilangkan keberkatan umurnya
dan ketika dicabut nyawanya kelak, tidak ada rahmat dan belas kasihan
terhadap dirinya."

Fakta: Amaran kepada orang berzina
Kemurkaan Allah
Hilang keberkatan umur
Hilang seri muka
Sempit rezeki
Nyawa dicabut tanpa belas
Kekal di dalam neraka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan